Resepi Ikan Masak Cuka Special | Lauk Pembuka Selera Makan

Описание к видео Resepi Ikan Masak Cuka Special | Lauk Pembuka Selera Makan

Assalamualaikum,hye semua..Kali ni Dayang nak kongsikan resepi lauk Ikan Masak Cuka. Lauk ni memang sesuai dijadikan pembuka selera,sesuai untuk mereka yang rasa tak sedap badan,nak demam ke,tak sedap mulut, takde selera nak makan tapi kena makan jugak kan,juga untuk orang yang berpantang atau berdiet sebab hidangan ni boleh membuang angin dalam badan,bagi badan ringan, menghilangkan loya dan bagus untuk kesihatan juga. Masakan ni rasa masam-masam manis camtu,nak pedas gigit cili padi,ada sayur ala ala acar pun ada,satu masakan dengan pelbagai rasa,try la ye!

Keluarga Dayang memang suka sangat masak cuka ni atau kami panggil ikan jeruk,kalau Mak masak dia akan buat banyak-banyak dan makan berhari-hati.Lauk ni tahan lama sebab dah masuk cuka,dan kalau masak harini esok baru betul-betul sedap sebab ikan tu dah serap semua kuah,lepastu boleh gigit halia,bawang-bawang semua dan makan biji sawi yang memang banyak khasiatnya tu.Biji sawi ni boleh mengelakkan kanser serviks, mengurangkan kolestrol,baik untuk jantung dan paru-paru juga.Nak tahu lagi khasiat dia boleh google ye,ok jom kita tengok bahan-bahan nak masak cuka ni😊

Bahan Utama
Ikan (boleh guna ikan apa saja yg disukai,Dayang guna ikan siakap)
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan Lain
3 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1/2 biji mentimun
1/2 biji lobak merah@carrot
2 sudu besar biji sawi
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang besar India
1 biji cili merah
8 tangkai cili padi
3 inci halia
2 cawan air

Tips: Goreng ikan sampai masak jangan garing sangat untuk bagi kuah meresap ke dalam ikan.

Sebarang urusan rasmi boleh hubungi Dayang kat alamat emel dibawah

💌[email protected]

#ikanmasakcuka
#ikanmasakasamcuka
#resepidayangsuri

Комментарии

Информация по комментариям в разработке