RETROSPEKTIF : AWASI JERAT DADAH (1986)

Описание к видео RETROSPEKTIF : AWASI JERAT DADAH (1986)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Awasi Jerat Dadah' (1986) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang memaparkan langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensinya dalam aktiviti membanteras dan memerangi penagih najis dadah di Malaysia. Filem ini merakamkan usaha dan langkah-langkah pencegahan awal serta pemulihan mangsa-mangsa dadah yang ingin berubah. Rakaman ini juga memaparkan kesan dan akibat serta kesan sosial sampingan akibat penyalahgunaan dadah dan juga tindakan serta peranan setiap individu masyarakat dalam membanteras penagihan dadah.

Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 7 Oktober 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 8 Oktober 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem 'AWASI JERAT DADAH (1986)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'AWASI JERAT DADAH (1986)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке