Lebihan roti kita buat Nugget Ayam Sedap

Описание к видео Lebihan roti kita buat Nugget Ayam Sedap

Kali ni Che Nom nak share resepi nugget ayam homemade yang memang sedap. Kalau kita buat sendiri dan lebih sihat. Boleh letak isi ayam segar tanpa lemak, boleh kawal penggunaan perasa dan juga garam mengikut citarasa kita sendiri.

Bahan utama ialah ayam bahagian isi dada, dan kita gaul dengan roti putih. Idea yang bagus juga untuk habiskan roti takut expired. Selepas itu kisar bersama bahan-bahan tambahan lain sehingga halus. Kemudian kukus smpai masak dan baru lah kita potong serta salut dengan tepung roti supaya dapat texture seperti nugget yang dibeli.

Hasilnya nugget yang lembut di dalam, sedap secukup rasa dan rangup di luar. Jom lah cuba!

// Bahasa Melayu
----------------------------------
Bahan-bahan:
500g isi ayam
4 keping roti
1/2 cwn /125ml susu full cream
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah kecil
1 sk serbuk lada putih
1 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk cayenne atau paprika
1/2 sk herba Itali (pilihan)
4 sb tepung ubi
1 sk serbuk penaik
1/2 sk garam

Bahan-bahan salut:
2 biji telur
Tepung gandum
Serbuk roti

// English
---------------------------------
Ingredients:
500g chicken fillets
4 slices bread
1/2 cup /125ml full cream milk
3 cloves garlic
1 shallot
1 tsp white pepper powder
1 tsp black pepper powder
1/2 tsp cayenne or paprika powder
1/2 tsp Italian herbs (optional)
4 tbsp tapioca starch
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt

Coating ingredients:
2 eggs
Wheat flour
Breadcrumbs

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...
#resepichenom

Комментарии

Информация по комментариям в разработке