RUMAH DEGIL | AKHIRNYA AKUR DAN DIPINDAHKAN | THE STUBBORN HOUSE

Описание к видео RUMAH DEGIL | AKHIRNYA AKUR DAN DIPINDAHKAN | THE STUBBORN HOUSE

#channel20sen

Rumah pusaka yang terletak di No 41, Jalan Chow Kit ini adalah rumah waris kepada pengasas Kuala Lumpur, iaitu Sutan Puasa.

Rumah kayu ini dipercayai siap dibina sekitar tahun 1926 bercirikan tradisional Melayu dan dikatakan dipengaruhi oleh reka bentuk rumah Melayu Perak.

Rumah kediaman ini dibina oleh Jaafar Sutan Sinombar iaitu anak saudara kepada Sutan Puasa, seorang saudagar dari Mandailing Sumatera.

Dipercayai dahulunya kawasan tersebut menjadi penempatan mereka dan pernah menjadi kubu kuat masyarakat Mandailing di Kuala Lumpur.

Rumah ini mendapat jolokan - Rumah Degil, atau The Stubborn House - selepas terselamat daripada pendudukan Jepun, pemberontakan komunis dan pembangunan pesat di sekitar Kuala Lumpur.

Nenek Normah juga dikenali kerana ‘kedegilannya’ untuk tidak tunduk dengan pujuk rayu dan tawaran mana-mana pemaju supaya menjual rumah tersebut walaupun telah terbina bangunan lain di sekelilingnya.

Namun, malangnya Rumah Degil ini terpaksa dijual pada tahun 2013 kerana waris keluarga tidak lagi mampu menampung kos penjagaan rumah tersebut. akhirnya rumah degil ini terpaksa dilepaskan.

Selepas tapak rumah itu dijual, struktur rumah warisan berusia 98 tahun dirobohkan untuk memberi laluan pembangunan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке