Nik Aziz serah pada rakyat K'tan

Описание к видео Nik Aziz serah pada rakyat K'tan

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau boleh menerima dengan hati terbuka jika PAS kalah dalam pilihanraya umum kali ini.

"Apa nak buat jika rakyat memilih Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum kali ini.

"Tetapi jika BN menang dengan cara tipu saya tidak halal dunia dan akhirat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan PAS Kelantan kalah kepada BN dalam pilihanraya kali ini.

Semalam Naib Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, ketika berceramah di Kubang Kerian Kelantan berkata, BN sudah boleh menawan Kelantan.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab rakyat Kelantan tidak mengundi PAS kerana kerajaan negeri memerintah secara Islam sejak 18 tahun lalu.

PAS berdepan dengan cabaran sengit dari BN di mana kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum pembubaran Parlimen ialah 23 kerusi PAS dan 22 kerusi BN .

Menurut Nik Abdul Aziz, PAS juga membawa pembangunan kepada rakyat Kelantan.

P'raya mesti adil

Sebaliknya, beliau berkata, ada projek kerajaan pusat yang dilaksanakan di Kelantan yang tergendala dan tidak dilaksanakan sebagaimana yang dijanjikan.

"Antara janji BN untuk membina longkang yang mereka buat dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada 2005 sehingga sekarang belum ditunaikan," katanya lagi.

Nik Abdul Aziz berkata, pilihanraya perlu dijalankan secara adil di mana pengundi bebas memilih calon yang mereka sukai.

"Ia seperti membeli ikan dan sayur-sayuran di pasar. Mereka boleh pilih beli ikan dan beli sayur, beli mana yang dia suka," katanya lagi.

Ketika diminta mengulas sokongan orang bukan Islam terhadap PAS, Nik Aziz berkata, orang Cina dan India datang sendiri kepada PAS.

Mereka, kata Nik Abdul Aziz, mahu pemerintahan ulamak yang melakukan perkara yang baik untuk rakyat.

"Mereka pakai baju T yang ada logo bulan (PAS) dan memasang bendera PAS di atas lori mereka," kata Mursyidul Am PAS itu lagi.

Wartawan: Muda Md Noor
Jurukamera dan Suntingan: Mohd Kamal Ishak

Комментарии

Информация по комментариям в разработке