PRU13 Pasukan Transformasi

Описание к видео PRU13 Pasukan Transformasi

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menunaikan janjinya dengan melakukan kejutan besar apabila mengumumkan kira-kira satu pertiga calon muka baru Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan hampir separuh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
0 0 Google +0 0 0 Cetak

NAJIB bersama pemimpin tertinggi komponen BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.
Perdana Menteri berkata, kali ini, sebanyak 33 peratus atau 73 muka baru bagi Parlimen dan 247 calon muka baru bagi kerusi DUN bakal bertanding bagi membolehkan BN memperoleh mandat baru.


Menurutnya, perubahan ketara adalah calon di negeri-negeri yang BN tewas pada PRU-12 2008. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, senarai dikenali sebagai Pasukan Transformasi BN itu muktamad dan tiada perubahan dilakukan. "Muka baru bagi kerusi Parlimen sebanyak 33 peratus manakala DUN 49 peratus. Senarai calon diputuskan hari ini (semalam) muktamad. "Saya yakin ini pasukan terkuat BN yang ditampilkan secara inklusif dan mampu memenuhi aku janji. Tidak akan ada perubahan dan saya harap tiada situasi yang menyebabkan perlu diubah," katanya pada sidang media khas selepas menyampaikan senarai calon kepada semua presiden parti komponen BN dan watikah serta aku janji kepada Pengerusi BN negeri di sini, semalam.

Turut hadir timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri besar dan ketua menteri serta semua presiden komponen BN. Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, parti itu akan mengumumkan senarai bakal calonnya serentak di seluruh negara hari ini manakala parti komponen mengisytiharkannya mulai semalam.


Beliau berkata, barisan calon terbabit adalah senarai yang mengutamakan rakyat berbanding kehendak parti, malah sudah mengambil kira harapan pengundi yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam kalangan calon BN termasuk UMNO pada PRU-13 pada 5 Mei depan.


Menurutnya, pihaknya juga melihat perlunya mengekalkan penyandang kerusi terdiri mereka yang berpengalaman berkhidmat dalam kerajaan atau sebagai wakil rakyat sebelum ini.

"Ini kerana imbangan antara muka baru dan mereka yang berpengalaman penting sebab kita bukan saja perlu menampilkan pembaharuan, tetapi sebagai sebuah parti dengan mandat baru akan menubuhkan kerajaan perlu mempunyai mereka yang mampu mentadbir dan berkhidmat untuk rakyat.


"Ini kerana sekiranya semua calon muka baru selain tidak berpengalaman langsung membantutkan kemampuan kerajaan BN untuk penuhi harapan dan kehendak rakyat," katanya.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке