Parang Barong potong paku hasil tempa Pak Amin Kunak, Sabah

Описание к видео Parang Barong potong paku hasil tempa Pak Amin Kunak, Sabah

Pak Amin merupakan seorang pakar membuat parang di daerah Kunak, Sabah, ilmu yang ada pak amin turunkan kepada anak-anak beliau termasuklah abg Jim Amin yang merupakan antara waris yang meneruskan tradisi membuat parang di daerah kunak, Sabah.

pada ketika lawatan dibuat, 2 orang anak pak amin sedang sibuk menyiapkan parang di kawasa rumah.

Sedikit info dr Google mengenai Barong atau Barung,
____________________________________________________
Barong @ Barung @ Badung adalah senjata yang popular di kalangan Muslim Filipina, terutama pada Suku Tausug/ Suluk di Filipina Selatan, Barong juga ditemukan pada Suku Mangyan di daerah Luzon Timur, Barong juga merupakan senjata favorite suku Sultunate di Sulu.

Pada umumnya Barong mempunyai satu sisi tajam, bilah berbentuk seperti daun yang menggembung hingga mudah dikenali, bentukan seperti itu sangat sesuai memotong daging, Bilah tebal dan berat dengan tujuan menambah momentum ketika dihayunkan

Hulu unik berbentuk kepala burung kakaktua, untuk memperkuat menancapnya bilah pada hulu biasanya ada ring besi/ tembaga berbentuk mengerucut sepanjang kira-kira 1 - 2 inci.

Di Sabah Barong digunakan oleh masyarakat Bajau dan Suluk untuk kerja harian ataupun sekadar disimpan di rumah sebagai "penjaga rumah"

pengenalan :

Keluarga adam zafran mempunyai 4 orang adik beradik, adam anak sulong, qaseh kaisara, Zahid syafie dan dhia qaireen kehidupan di mereka di borneo dah masuk 11 tahun

pelbagai aktiviti keluarga adam buat di Sabah, bersukan, mengembara, melancong, taekwando dan lain-lain dibuat bersama-sama

video ni dibuat untuk tatapan pada masa hadapan mengenai keluarga adam

Parang didefinisikan sebagai pisau Melayu yang besar.[1] Ia merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan. Mata parang biasanya 30 sentimeter (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilogram (1.7 lb). Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir.

Panjang bilah parang ditetapkan tidak boleh kurang daripada 10 inci dan tidak boleh melebihi 24 inci: bilah alat yang pendek dari 10 inci disebut pisau manakala bilah lebih panjang 24 inci dipanggil pedang.


KegunaanSunting

Parang sering digunakan dihutan/belukar dan juga menjadi alat untuk membina rumah, memasang perabot dan membuat peralatan. Parang juga disebut untuk tujuan-tujuan tersebut dalam buku panduan ikhtiar hidup SAS Survival Handbook oleh John "Lofty" Wiseman.[2]

Parang pendek digunakan untuk membelah kayu, memotong daging, menebang pokok buluh dan juga meraut buluh. Parang panjang digunakan untuk menebas semak, mencantas dahan dan lain-lain.

Parang juga dijadikan senjata, terutamanya oleh kongsi gelap dan perompak di Malaysia, Singapura, Sri Lanka dan India.

#parangmelayu #parangbarong #aminkunak

Комментарии

Информация по комментариям в разработке