Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani (29.8.2024)

Описание к видео Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani (29.8.2024)

Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani.

Residensi Suria Madani adalah sebuah projek perumahan berkeluasan 800 kaki per segi berharga RM200,000 seunit diusahakan oleh syarikat MahSing Group.

Saya singgung bagaimana aspek pembangunan di ibu kota—termasuk pembangunan di mana-mana kota sekalipun—mesti menggarap permasalahan rakyat dan tidak hanya menumpu pada pembangunan gedung serta tanda atau mercu yang megah.

Saya juga telah meminta Jabatan Wilayah Persekutuan untuk menyediakan laporan secara berkala berkaitan projek di bawah inisiatif Residensi Wilayah dan mesti menekankan aspek mutu dan keselesaan rakyat, dan bukan ‘sekadar buat’.

Sementalahan, saya tekankan juga mengapa kita menumpukan projek-projek perumahan ini kawasan kawasan ibu kota yang dianggap mahal atau ‘prime’. Ini secara tidak langsung memberi prospek pulangan jualan yang lebih baik di masa hadapan kepada pembeli. Jangan anggap kawasan-kawasan seperti ini hanya khas atau terhad kepada golongan elit semata, dan mesti mengambilkira sebilangan kumpulan rakyat yang lain yang juga mahu hidup dengan selesa dan munasabah.

Justeru, jangan lagi kita teruskan budaya membangunkan kota yang memisahkan, dan kehebatan mana-mana kota, termasuk Kuala Lumpur, bahawa ia mesti tertegak atas prinsip menyantuni keperluan rakyat terbanyak.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке