Camping di Pantai Air Papan, Mersing Johor | 004 |

Описание к видео Camping di Pantai Air Papan, Mersing Johor | 004 |

Camping di Pantai Air Papan, Mersing Johor | 004 |

Setelah menempuh lebih kurang 6 jam perjalanan. Akhirnya pada jam 11.00 pagi kami selamat sampai ke destinasi perkhemahan ke-2 di Pantai Air Papan Mersing Johor.

Perkhemahan 1 hari 1 malam kali ini dilakukan sempena cuti pulang ke kampung bagi melaksanakan proses mengundi Pilihanraya Negeri Johor yang berlaku pada 12 Mac 2022.

Tak patut pula rasanya sekiranya tak ambil peluang untuk berkhemah di pantai yang mahsyur di kampung halaman sendiri sedangkan orang luar berpusu-pusu datang ke mari.

Pantai Air Papan. Sebuah lokasi pelancongan yang memang sesuai buat seisi keluarga. Sejak kecil-kecil dahulu saya sering ke mari tak kiralah bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Untuk video kali ini juga, kami nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada YouTuber Faiz Fezz atas sumbangan dan kebenaran kepada kami menggunakan lagu-lagu cover petikan gitar dari YouTube Channel beliau. Kepada sahabat-sahabat yang ingin mendengar lebih banyak lagi gemersik petikan gitar beliau, silalah berkunjung ke channel Saudara Faiz Fezz di link yang kami berikan ini:    / faizfezzfingers..  . Ada banyak lagu-lagu cover serta tutorial teknik bermain gitar yang anda akan dapati di channel beliau.

Akhir kata, semoga perkongsian kali ini akan memberi manfaat kepada semua. Jgn lupa untuk tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian yang ingin disampaikan. Selamat menonton...
#airpapan
#mersing
#mesmerisingmersing
#deercreekcyclone
#kembarazs
#faizfezz

Комментарии

Информация по комментариям в разработке