KOLEKSI PENUH TABOH IBAN

Описание к видео KOLEKSI PENUH TABOH IBAN

KOLEKSI PENUH TABOH IBAN

TAG:TABOH IBAN, TABOH IBAN ORIGINAL,TABOH IBAN REMIX TABOH IBAN NGAJAT INDU TABOH IBAN BATANG RAJANG TABOH IBAN NGALU TEMUAI TABOH IBAN BATANG AI TABOH IBAN KUNTAU TABOH IBAN NGAMBI INDU TABOH IBAN KREASI TABOH IBAN VOL 2 TABOH IBAN NGAJAT TABOH IBAN SEBAUH TABOH IBAN 2022

Taboh bermaksud bunyi-bunyian alat muzik tradisional etnik Iban terdiri daripada empat alat utama iaitu tawak, gendang, engkerumong dan bebendai.

Taboh muzik dimainkan pada masa-masa tertentu sahaja seperti perayaan Hari Gawai Dayak serta semasa ritual Gawai (yakni memanggil petara atau Tuhan turun dari langit ke rumah panjang), mendirikan rumah panjang baru dan memberkati rumah panjang yang baru siap dibina. Juga semasa menghidupkan suasana gerhana bulan, istiadat perkahwinan, ritual memandikan anak di sungai dan apabila berlaku musibah di rumah panjang seperti kematian.

Taboh mempunyai pelbagai rentak yakni agak perlahan, sederhana dan agak pantas, serta melodi yang berbeza bergantung kepada fungsi dan acara kebudayaan. Taboh juga berbeza melodi atau rentak antara suku-suku Iban di Sarawak.

Tawak atau gong besar adalah alat muzik utama dan dalam pelbagai saiz serta warna keperangan dan hitam, diperbuat daripada tembaga atau perunggu dan jenis besi lain. Tombol di tengahnya dipalu menggunakan pemukul kayu yang hujungnya berbalut kepingan getah. Tawak digunakan dalam ritual untuk memanggil petara turun dari langit. Alat istimewa bagi etnik ini dimainkan mengikut melodi yang dihasilkan oleh engkerumong.

Gendang diperbuat daripada kayu belian berkualiti tinggi agar dapat bertahan lama dan menghasilkan bunyi dan melodi yang elok. Gendang dipalu bergantung kepada tujuan dan keperluannya dimainkan.

Engkerumong diperbuat daripada tembaga dan disusun selari atas para atau rak. Set yang lengkap terdiri daripada lapan biji gong yang saiznya lebih kecil daripada tawak, dan dipukul menggunakan sepasang kayu ringan.

Bebendai agak nipis dan kecil daripada tawak, diperbuat daripada tembaga dan digantung pada rangka kayu, dimainkan menggunakan kayu pemukul jenis ringan

Комментарии

Информация по комментариям в разработке