Menengah Rendah (2022) | Geografi (Tingkatan 3): Pengaruh Persekitaran Fizikal

Описание к видео Menengah Rendah (2022) | Geografi (Tingkatan 3): Pengaruh Persekitaran Fizikal

Tajuk: Geografi (Tingkatan 3): Pengaruh Persekitaran Fizikal
Guru : Afizah Md Khalid
Persekitaran fizikal dunia yang berbeza mengikut kedudukan garisan lintang bumi telah menyebabkan wujudnya pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di dunia. Episod kali ini akan memberi fokus kepada faktor persekitaran fizikal iaitu faktor bentuk muka bumi, saliran, tanih dan iklim yang telah mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di seluruh dunia. Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar pastinya berbeza mengikut keadaan bentuk muka bumi yang pelbagai seperti tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut. Manakala saliran yang baik atau buruk turut mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Pastinya tumbuh-tumbuhan semula jadi hidup subur mengikut kesesuaian tanih di sesuatu kawasan yang berbeza iklimnya. Kedudukan garisan latitud dan longitud yang berbeza menyebabkan iklim juga berbeza di mengikut kawasan dan seterusnya mewujudkan kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

#DidikTV #MenengahRendah

Комментарии

Информация по комментариям в разработке