Nasi Kabuli Brunei Makanan Ala Santapan Diraja Brunei

Описание к видео Nasi Kabuli Brunei Makanan Ala Santapan Diraja Brunei

Menjamu Santapan Diraja Brunei...

Restoran Ummis Hijau Kasturi yang bertapak selama lebih dua tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian asli Melayu dan Barat pada setiap hari.

Pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan Istana.

Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan,Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Bolehlah cuba masakan di sini nanti

Комментарии

Информация по комментариям в разработке