Cara buat Kuih Bom Bijan yang bulat cantik, rangup diluar dan sangat lembut di dalam.

Описание к видео Cara buat Kuih Bom Bijan yang bulat cantik, rangup diluar dan sangat lembut di dalam.

Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu dicampur bersama dengan tepung gandum, dan kemudian digaul air biasa, tapi resepi kali ini agak berbeza sikit. Hanya perlu gunakan satu jenis tepung iaitu tepung pulut dan dibancuh dengan air panas. Hasilnya tekstur doh tu lebih kenyal dan mudah mengembang bila goreng. Kita akan dapat kuih bom bijan yang rangup di luar dan kenyal lembut aja. Tidak perlu tambah ubi kentang ataupun keledek.

Bila sudah lepas menggoreng, kuih akan kekal jadi bulat sekata serta tidak mudah kempis. Resepi asal dari YT channel Magic Ingredients. Bahan-sangat lah mudah, tetapi kita perlu beri lebih perhatian kepada Teknik pembuatannya. Selamat mencuba!

Link untuk homemade pes kacang merah
   • Pau Kacang Merah Lembut Gebu | Giveaw...  


//Bahasa Melayu
-------------------------
Bahan-bahan:
2 cawan / 240g tepung pulut
1/2 sk garam
1 cawan / 237ml air
1/3 cawan / 70g gula
2 sk minyak masak
Inti kacang merah
Bijan

//English
-------------------------
Ingredients:
2 cups / 240g glutinous rice flour
1/2 tsp salt
1 cup / 237 ml water
1/3 cup / 70g sugar
2 tsp cooking oil
Red bean paste
Sesame seeds

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom, #kuihmelayu ,#kuihmuih

Комментарии

Информация по комментариям в разработке