TRANSAKSI SAH! MASUK AKAUN SINAR! PDRM TANGKAP 5 INDIVIDU TERKAIT GISBH!

Описание к видео TRANSAKSI SAH! MASUK AKAUN SINAR! PDRM TANGKAP 5 INDIVIDU TERKAIT GISBH!

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang mendengar kes pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan diberitahu terdapat kemasukan wang RM38,160 ke akaun Maybank milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd, dua tahun lepas.

Pegawai Maybank Cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Ahmad Arabbi Mustafa, 36, berkata merujuk kepada penyata akaun Malayan Banking Berhad atas nama Sinar Karangkraf Sdn Bhd, kemasukan itu adalah menerusi transaksi secara dalam talian pada 3 Nov 2022.

“Saya sahkan akaun semasa Maybank atas nama Sinar Karangkraf Sdn Bhd telah dibuka pada 24 Jan 2007 di cawangan TTDI.

"Berdasarkan spesimen tandatangan bagi akaun ini, penandatangan yang dibenarkan adalah seramai lima orang,” kata saksi pendakwaan ke-12 itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrom Idris.

Ditanya peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful, Ahmad Arabbi bersetuju bahawa transaksi itu adalah sah.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Dr Ifa Sirrhu Samsudin iaitu bagaimana beliau tahu transaksi itu adalah sah, Ahmad Arabbi menjawab “Sistem akan trigger jika ada transaksi-transaksi yang mencurigakan”.
============================================================================
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand, kira-kira enam petang semalam

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.
“Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan. Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.

#kesskandaljanawibawa #politikussampahpn #gisbhajaransesat

Join this channel to get access to perks:
   / @oraitnopochannel  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке