BENTONG: Masalah kesesakan lalu lintas di daerah ini menjadi kerunsingan penduduk dan pengguna jalan raya sejak beberapa tahun lalu.
Masalah lebih kronik pada setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, dengan kesesakan luar biasa berlaku di laluan menuju ke pekan yang turut menjadi jalan utama ke Pantai Timur.
Bagaimanapun, segala kesulitan itu bakal diatasi sebaik projek jalan pintasan Bentong yang juga sebahagian daripada fasa pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) siap tidak lama.
Projek Bentong Bypass sepanjang 28.5 kilometer (KM) dengan dua lorong itu akan menjadi alternatif baru kepada pengguna jalan raya untuk tidak lagi melalui pekan Bentong yang kerap sesak.
Jalan pintasan yang bermula selepas Plaza Tol Bentong (susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak) berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan melalui kawasan Benus dan Kampung Lebu, di sini.
Pada masa sama, Lebuh Raya Bentong-Raub sepanjang 54 km yang dijangka siap, tahun hadapan juga bertindak sebagai laluan alternatif baru untuk pengguna jalan raya yang mahu ke Raub dan destinasi lain di Pantai Timur.
Ketua Kampung RTP Lebu, Samsudin Lebar, 67, berkata, projek CSR sudah tentu membantu menyelesaikan masalah lalu lintas di pekan Bentong terutama ketika Tahun Baru China dan Aidilfitri.
Katanya, percaya jalan pintasan bebas tol itu akan mengurangkan separuh kesesakan di kawasan Jalan Bentong apabila dibuka, tahun depan.
"Buat masa ini penduduk lebih suka memilih untuk duduk di rumah pada cuti hujung minggu atau cuti umum kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk ke pekan Bentong.
"Bentong sememangnya menjadi laluan kepada penduduk di Lembah Klang dan Pantai Barat untuk ke Raub, Lipis dan Gua Musang selain, Kuala Krai di Kelantan.
"Apabila tiba musim cuti perayaan atau sekolah, kesesakan luar biasa pasti terjadi," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, pembinaan projek Bentong Bypass dan CSR itu turut dipantau rapat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diyakini akan siap mengikut tempoh.
Samsudin juga berharap penduduk Kampung RTP Lebu dan kawasan berhampiran mendapat manfaat menerusi projek berkenaan terutama dalam wujudkan peluang pekerjaan menerusi pembinaan kawasan rehat dan rawat (R&R).
"Ia juga akan mewujudkan projek pembangunan perumahan di kawasan luar bandar," katanya.
Penduduk kampung itu, Suhaimi Maulap, 39, bersyukur dengan satu lagi projek baharu yang diwujudkan kerajaan dapat menyelesaikan masalah kesesakan bagi penduduk di kawasan Bentong.
"Apabila projek ini siap kelak, ia akan memberi pilihan kepada orang ramai sama ada menggunakan jalan raya atau menaiki kereta api iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)," katanya.
Peniaga, Afzan Md Isa, 39, berpendapat pekan Bentong tidak akan sunyi apabila projek CSR itu siap kerana memberi pilihan perjalanan kepada orang ramai yang mahu ke Pantai Timur.
Dia yang mengusahakan kedai makan di Kampung RTP Lebu berkata, bagi pemandu kenderaan berat mungkin lebih selesa memilih jalan lama berbanding pemandu kereta yang lebih cenderung guna jalan pintasan untuk segera tiba di destinasi.
Sementara itu, Pengerusi MCA Bentong, Datuk Hoh Khai Mun, berkata projek dilaksanakan kerajaan itu adalah inisiatif kerajaan dalam membangunkan bandar Bentong menjadi antara destinasi eko-pelancongan dan pelancongan agro yang popular.
Katanya, kerajaan juga merancang untuk membina stadium mini di daerah itu selain menjadikan daerah yang popular dengan durian Musang King sebagai bandar satelit.
INFO:
Jarak Jalan Pintasan Bentong sepanjang 28.5km menelan belanja RM578.25 juta serta dibahagikan kepada tiga seksyen..
#Projek CSR secara keseluruhan menelan belanja RM6.6 bilion terdiri daripada enam fasa pembinaan.
#Projek CSR meliputi jajaran Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (51km), Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (63km), Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (107km), Kampung Relong ke Raub, Pahang (56km), Raub ke Bentong (60km) dan from Bentong ke Simpang Pelangai (53km).
#kongsitempatmenarikdimalaysia
#KTMDM
#MalaysiaTrulyAsia
#DreamNow
#TravelLater
#CutiCutiMalaysia
#kongsitempatmenarikdimalaysia
#ShareInterestingPlacesInMalaysia
#InterestingPlacesInMalaysia
#2020
#visitmalaysia
#Malaysia
#drone
#tempatmenarikmalaysia
#tempatmenarikkelantan
#tempatmenarikpahang
#tempatmenarikterengganu
#tempatmenarikjohor
#tempatmenarikselangor
#tempatmenarikkualalumpur
#tempatmenarikperak
#tempatmenarikperlis
#tempatmenarikkedah
#tempatmenarikpulaupinang
#tempatmenariksabah
#tempatmenariksarawak
#tempatmenarikmelaka
#kongsitempatmenarikdimalaysia
#KTMDM
#MalaysiaTrulyAsia
#DreamNow
#TravelLater
#CutiCutiMalaysia
#kongsitempatmenarikdimalaysia
#ShareInterestingPlacesInMalaysia
#InterestingPlacesInMalaysia
#Malaysia
Информация по комментариям в разработке