Tari Totokne Pangalima (Etnik Salako)

Описание к видео Tari Totokne Pangalima (Etnik Salako)

Tarian Etnik Salako berjudul 'Totokne Pangalima' yang dipersembahkan oleh Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN Sarawak.

Sinopsis : Tarian ini menggambarkan si isteri menunggu kepulangan suami mereka yang merupakan seorang Pangalima (Pahlawan) masyarakat Salako. Kepulangan Pangalima disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh isteri mereka.

Konsep : Tradisional Kreasi Baru
Koreografer : Fred anak Kamea

Tujuan tarian ini dicipta adalah untuk memperkenalkan masyarakat Salako dan tarian Totokne yang semakin pupus dan jarang dipersembahkan di mata Malaysia. Dengan memberi sedikit nafas baru, diharap ia dapat menarik minat generasi masa akan datang untuk kenal dan ingin mempelajari kesenian dan kebudayaan Masyarakat Salako.

JKKN Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Mimi Grifford, sebagai pakar rujuk dan pewaris seni. Terima kasih kepada Encik London, Pemanca masyarakat Salako di Sematan atas nasihat, teguran & tunjuk ajar beliau. Terima kasih juga kepada wakil dari Dayak Bidayuh National Assosiation (DBNA) Cawangan Sematan atas nasihat dan tunjuk ajar semasa tarian ini digarap dan pra tontonkan sebelum dipersembahkan di Kuala Lumpur.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке