Sifu Durian BAB 36 | MERACUN di Dalam Kebun Durian - Boleh Ker?

Описание к видео Sifu Durian BAB 36 | MERACUN di Dalam Kebun Durian - Boleh Ker?

Terdapat 2 jenis racun rumput; racun jenis SENTUH (Contact weedicide) dan jenis SERAP (Systemic weedicide).

Racun jenis sentuh, hanya akan membunuh rumput di bahagian yang terkena racun sahaja dan ia tidak akan menyerap ke dalam tanah dan tidak membunuh akar rumput atau akar durian. Kadang-kadang kita terpaksa menggunakan racun jenis ini untuk memusnahkan rumput tertentu walaupun ia di bawah kanopi pokok durian.

Manakala racun jenis serap pula akan menyerap sehingga ke dalam tanah untuk membunuh akar rumput sekali, dan ia amat bahaya jika digunakan bagi pokok yang telah besar apalagi akar durian telah keluar dari kanopi pokok.

JIka pokok di bawah 2 tahun, kita masih boleh meracun rumput jenis serap, tetapi bukan di bawah pokok durian, hanya di sekitar laluan durian sahaja (antara teres).

Biasanya durian selepas berumur 2 tahun, akar pokok durian telah berkembang melepasi kanopinya, jika kita meracun di luar kanopi, di khuatiri racun tersebut akan terkena akar durian dan untuk jangka masa panjang pokok durian boleh mati.

Cikgu Man baharu sahaja menggunakan racun jenis sentuh untuk membunuh satu jenis rumput sebelum rumput itu berbunga dan menjadikan ia lebih padat sekitar pokok durian beliau.

MOGA BERMANAFAAT.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке