Program Kibar Jalur Gemilang dan Jelajah Merdeka Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Tahun 2024

Описание к видео Program Kibar Jalur Gemilang dan Jelajah Merdeka Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Tahun 2024

21 OGOS 2024 | KUBANG KERIAN

PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG & JELAJAH MERDEKA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN) 2024

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini telah mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang dan Jelajah Merdeka Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) 2024 bertempat di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, Kelantan.

YBhg. Datuk Hj. Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) telah hadir dan merasmikan majlis pada hari ini disaksikan oleh YBrs. En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Pemasaran menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Dan Operasi) serta 200 orang kakitangan LKTN yang hadir.

Program dimulakan dengan sesi ucapan oleh YBhg. Datuk Pengerusi dan diteruskan dengan sesi simbolik memasang bendera di kenderaan LTKN sempena pelepasan Jelajah Merdeka Tahun 2024. Sesi Jelajah Merdeka yang akan diketuai oleh YBhg. Datuk Pengerusi ini akan ke Pulau Pinang bersama lima belas (15) buah kenderaan LKTN yang turut serta.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga LKTN yang hadir dan semoga majlis pada hari ini dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena bulan kebangsaan tahun ini.

#LKTN
#kenafmelestarikankehidupan
#kawalseliatembakau
#MalaysiaMadani

Комментарии

Информация по комментариям в разработке