Eks Eagle Swift Siri 2,2020|10 Bgd Para, GGK, Paskau, Paskal, Kuantan Skydive

Описание к видео Eks Eagle Swift Siri 2,2020|10 Bgd Para, GGK, Paskau, Paskal, Kuantan Skydive

Latihan Penerjunan Bebas 10 Bgd (Para) - Eks EAGLE SWIFT Siri 2/2020

KUANTAN : Seramai 4 Pegawai dan 106 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dibawah naungan 10 Bgd (Para) merangkumi Elemen DZST, DZEO, Tim Rigger, Tim Perubatan dan Elemen Tadbir Penerjunan manakala penerjun bebas seramai 6 Peg dan 93 anggota Lain-lain Pangkat dari 10 Bgd (Para), GGK, PASKAU dan PASKAL telah berjaya melaksanakan latihan Eks EAGLE SWIFT Siri 2/2020 atau latihan penerjunan bebas yang dilaksanakan di Zon Gugur (ZG) POLO, PU Kuantan mulai 14 hingga 17 Sep 2020.

Eks ini turut dapat direalisasikan dengan bantuan pesawat udara C 130 dari 20 Skn TUDM, Pangkalan Udara Subang.

Tujuan eks dilaksanakan adalah untuk memastikan tahap kesiagaan dan keupayaan pakar bagi anggota 10 Bgd (Para) sentiasa berada di tahap tertinggi pada sebilang masa dan dapat menambah ilmu serta pengalaman antara perkhidmatan ATM.

Selain itu, eks ini memfokuskan kepada aspek accuracy, agility dan highly intensity bukan sahaja kepada anggota penerjun malah terhadap elemen-elemen sokongan yang menjayakan misi latihan agar dilaksanakan dengan lancar menerusi koordinasi yang sistematik dan teratur.

Adalah menjadi harapan, agar eks ini memberi peningkatan kemahiran dan kepakaran warga 10 Bgd (Para), sekaligus mencerminkan sebuah ketumbukan elite yang sentiasa kekal releven dan siap sedia diaturgerakkan dalam pelbagai dimensi operasi.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке