Kek Coklat Moist Leleh boleh buat berniaga

Описание к видео Kek Coklat Moist Leleh boleh buat berniaga

Kek Coklat Moist yang memang sangat popular dan menjadi kegemaran ramai. Nak membuatnya tidak susah juga boleh dikomersialkan dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk berniaga.

Bahan asasnya ialah kek coklat yang dikukus. Hasilnya memang kek yg sangat lembap dan lembut. Kalau nak bakar pun boleh. Kemudian, kita sediakan pula adunan coklat ganache untuk dituang ke atas kek coklat serta boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing. Kombinasi kek dan coklat ganache memang sangat terbaik..

Resepi ini akan menghasilkan kek coklat moist yang premium walaupun kita guna bahan-bahan yg tak terlalu mahal jika anda mengikuti jenama bahan2 yang Che Nom gunakan. Kalau nak tau jom tengok video ni sampai habis ok.

Nota: Kalau nak bakar, suhu oven 160°C masa 18-25 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing. Pastikan guna bekas aluminium jika bakar.

// Bahasa Melayu
----------------------
Bahan kek coklat:
4 biji telur
1 cwn gula kastor
1 sk esen vanila
1/2 cwn susu pekat
1 +1/4 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
1/4 sk garam halus
1 cwn susu krim penuh
1 cwn minyak jagung
1/2 sk serbuk kopi segera
1 sb air panas

Bahan-bahan untuk coklat ganache:
350g coklat gelap compound
1 cwn susu cair
3 sb mentega

// English
----------------------
Chocolate cake ingredients:
4 eggs
1 cup castor sugar
1 tsp vanilla essence
1/2 cup condensed milk
1 +1/4 cups plain flour
1 cup coco powder
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1/4 tsp fine salt
1 cup full cream milk
1 cup corn oil
1/2 tsp instant coffee powder
1 tbsp hot water

Ingredients for chocolate ganache:
350g dark chocolate compound
1 cup evaporated creamer
3 tbsp butter

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...
#resepichenom

Комментарии

Информация по комментариям в разработке