Waseem Voice - Legasi Khulafa' (Lagu 2) | KAMIL Negeri Selangor 2023

Описание к видео Waseem Voice - Legasi Khulafa' (Lagu 2) | KAMIL Negeri Selangor 2023

Rakaman suara oleh Raudhatul Ashwaq Sound System pada Jumaat, 14 Julai 2023
bertempat di Bilik Tayang, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11 Shah Alam.

Lagu : Zack Arifin SB x Bangjat SB
Lirik : Asyer
Susunan Perkusi : Aiman RGD

(Intro)
Al-Khalifah nakhoda terpimpin,
Al-Wazir teraju,
Al-Khuttab navigasi Ad-Dawawin,
Tersusun kerajaan dipimpin

Tertegak Islam serata dunia,
Walaupun Baginda telah tiada,
Digerakkan oleh Khulafa Unggul tadbirnya

Sempena nama bapa saudaranya,
Muhammad Al-Amin yang Tercinta,
Abbasiyah ilham nama Legasi Khulafa

Adaptasi pimpinan yang dikagumi,
5 kurun mashyur sinar menerangi,

(Chorus)
Al-Khalifah nakhoda berkepimpinan,
Al-Wazir peneraju pentadbiran,
Al-Khuttab navigasi Ad-Dawawin,
Tersusun kerajaan dipimpin

[INTERLUDE]

Tumpuan dagangan antarabangsa,
Wilayah baru banyak yang dibuka,
Faktor tersebar ajaran Islam yang mulia

Sumbangan Al-Makmun,
Buat pendakwah Baitulmal Tersedia,
Harun Ar-Rasyid,
Prasarana ilmu membangun megah,

(Chorus)
Al-Khalifah nakhoda berkepimpinan,
Al-Wazir peneraju pentadbiran,
Al-Khuttab navigasi Ad-Dawawin,
Tersusun kerajaan dipimpin

Abasiyyah empayar yang dibangunkan,
Al-Abbas penghapus pemberontakan,
Kota Baghdad lahirnya para ilmuwan,
Tamadun menjadi keagungan

[INTERLUDE]
Bukanlah hanya dimata pedang,
Jihad diangkat dimata pena,
Teroka ilmu pelbagai bidang,
Majukan diri dan juga negara

Turut berterima kasih kepada :
Abg. Izz, dan semua Alumni yang turut memberikan kerjasama sepanjang latihan dijalankan..

Комментарии

Информация по комментариям в разработке