'Tarik balik tuduhan' - MP PN, Tok Mat 'berperang' isu pencen tentera

Описание к видео 'Tarik balik tuduhan' - MP PN, Tok Mat 'berperang' isu pencen tentera

Perang mulut tercetus antara Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) dan Mohamad Hasan (BN-Rembau) di Dewan Rakyat.

Ia berhubung isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera (ATM) yang berlarutan hampir 10 tahun.

Terdahulu, Khlir mendakwa sejak 2013 hingga kini, beliau tidak pernah mendengar mana-mana menteri pertahanan membawa perkara itu ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah Mohamad yang juga menteri pertahanan sambil mempersoalkan bagaimana Khlir mengetahuinya.

Sumber video:    • LIVE: Sidang Dewan Rakyat, Khamis 23 ...  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке