Pusat Jantung Hospital Serdang

Описание к видео Pusat Jantung Hospital Serdang

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang, Selangor oleh YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan) Jabatan Kerja Raya Malaysia kepada YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM hari ini.

Hospital Serdang merupakan hospital pakar major yang merupakan pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah dan pusat rujukan bagi kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara (National Tertiary Cardiac Referral Centre). Perkhidmatan jantung Hospital Serdang merupakan perkhidmatan yang paling sibuk dengan beban kerja paling tinggi.

Pusat Jantung, Hospital Serdang ini telah ditubuhkan bagi mempercepatkan penerimaan rawatan oleh pesakit dan dijangka dapat mengurangkan masa menunggu rawatan angiogram daripada 18 bulan kepada 9 bulan sahaja untuk kes-kes elektif yang stabil. Pusat Jantung, Hospital Serdang yang baharu ini akan memulakan pengoperasiannya pada 12 Disember 2022.

Pusat Kardiologi ini dibina dengan satu blok kardiologi setinggi lapan (8) tingkat yang menempatkan 262 buah katil serta satu lagi blok tempat letak kereta setinggi sembilan (9) tingkat yang mempunyai 536 petak parkir. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM546 juta, di mana RM311 juta adalah kos pembinaan bangunan dan RM235 juta bagi perolehan peralatan.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), dan YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке