'Bekas Penghuni Henry Gurney' Muhammad Izzad | Confession Bilik Gelap S4EP14

Описание к видео 'Bekas Penghuni Henry Gurney' Muhammad Izzad | Confession Bilik Gelap S4EP14

Episod kali ini membawakan bekas pesalah juvana yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka iaitu Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 25.

Pada usia 12 tahun dia sudah mula mengambil dadah hingga melakukan jenayah pecah rumah.
Nasibnya malang apabila ditangkap pada usia 17 tahun dan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka selama tiga tahun sebelum dibebaskan pada Disember 2019.

Bagi Muhammad Izzad Daniel, menjadi penghuni sekolah itu ibarat 'dikitar semula' selain menyifatkan perbuatan dilakukan menconteng arang ke muka kedua ibu bapanya.

Menurutnya, pengalaman dilalui sepanjang tiga tahun di sekolah itu sudah cukup menginsafkan hingga membuatkan dirinya bangkit dan membina kehidupan baharu.

Dengarkan episod penuh CBG bersama Muhammad Izzad menerusi aplikasi SYOK Podcast. Saksikan juga menerusi saluran Youtube SYOK.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке