Rutin Sebelum Memandu RSM (KPP02/KPP03)

Описание к видео Rutin Sebelum Memandu RSM (KPP02/KPP03)

#tutorial #rutinsebelummemandu #RSM
Video ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehendak latihan & pengujian ''Rutin Sebelum Memandu'' .
(Rutin Sebelum Memandu ini dijalankan setiap kali calon bertukar kenderaan, bertujuan bagi menyesuaikan kedudukan pemandu dan mengenalpasti semua komponen berfungsi dengan baik)
Di dalam video ini juga, pihak kami mempertonton apa yang calon harus lakukan ketika menjalani Rutin Sebelum Memandu berdasarkan kesesuaian mengikut jenis kendereaan ( Kenderaan buatan PERODUA model VIVA 660 Manual)
Rutin Sebelum Memandu (RSM) adalah salah satu daripada sukatan pelajaran bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP02).
Video ini juga membantu calon-calon yang sedang menjalani Latihan/Ujian Penilaian/ujian JPJ, di mana pihak kami membuat penerangan lengkap berkaitan kehendak seperti yang dilampirkan di dalam borang pengujian BAHAGIAN II.
Di Akhir video ini, pihak kami menunjukkan contoh bagaimana Rutin Sebelum Memandu ini dijalankan terhadap kenderaan PERODUA VIVA 660 Manual.
Bagi mendapatkan latihan bagi menjalani "Rutin Sebelum Memandu" sila rujuk dengan mana-mana pengajar yang bertauliah(SPIM).

sekian terima kasih

"ke arah melahirkan pemandu yang berhemah"

Kurikulum Pendidikan Pemandu 02

Kurikulum Pendidikan Pemandu 02 (modul motokar manual) 

Kurikulum Pendidikan Pemandu 02 ataupun singkatannya 'KPP02' adalah latihan yang perlu dilakukan oleh calon memandu secara praktikal selama 5 ½ jam ketika menjalani proses mendapatkan lesen memandu motokar Kelas D.

Dalam proses pembelajaran secara praktikal, calon akan melalui 8 perkara utama bagi latihan KPP02, kemudian setelah mahir perkara yang sama akan dinilai di peringkat penilaian oleh penguji bertauliah (QTI) dan penguji JPJ, ianya dikenali sebagai Ujian Bahagian ll.

Di sini saya paparkan video berkaitan dengan kehendak latihan/pengujian bagi KPP02 berkaitan 8 perkara yang perlu calon memandu tempuhi sehingga berpengetahuan dan berkemahiran.


1. Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK). 
   • Rutin Pemeriksaan Kenderaan RPK (KPP02)  
   • Rutin Pemeriksaan Kenderaan RPK (KPP0...  

2. Rutin Sebelum Memandu (RSM). 
   • Triton Vs  Hilux  

3. Mendaki dan Menuruni Bukit.
   • Mendaki & Menuruni Bukit (KPP02)  

4. Pergerakan Di Selekoh 'Z' 
   • Pergerakan Di Selekoh 'Z' (KPP02)  

5. Pergerakan Di Selekoh 'S' 
   • Pergerakan Di Selekoh 'S' (KPP02)  

6. Pergerakan Tiga Penjuru
   • Pergerakan Tiga Penjuru (KPP02)  

7. Memakir Sisi
   • Memakir Sisi (KPP02)  

8. Afektif
(video dalam proses pembikinan) 

Semoga video yang saya kongsikan ini dapat memudahkan calon bagi memahami kehendak latihan KPP02 dan pengujian bahagian ll. 

Selamat mencuba dan semoga dipermudahkan segala urusan 😊

Комментарии

Информация по комментариям в разработке