Penawar untuk radiator air bercampur minyak ialah PRO8 ​⁠

Описание к видео Penawar untuk radiator air bercampur minyak ialah PRO8 ​⁠

Radiator Air Bercampur Minyak Hitam penawarnya ialah MECHNIK PRO8 RADIATOR STOP LEAK

Penjagaan Radiator air hendaklah ditukar setelah 60,000 km sumber atrikel ialah “Penjagaan Kereta Wajib Anda Tahu” , ini membolehkan enjin dapat berfungsi dengan optimum tapi saya memilih atau meneka radiator air tukar setelah 40,000 kilometer sebab waktu itu saya memandu kereta secara agresif, berjalan jauh kerap dan kesan nya radiator air ada bercampur minyak hitam sedikit. Apabila penututup dibuka air di dalam radiator seperti air teh susu. Coolant ditukar ialah tiap 60k km atau 24 bulan dengan PRO8.

Setelah enam bulan menggunakan MECHNIK PRO8 Radiator Stop Leak tiada masalah sehingga pada satu masa kecemasan anak buah balik kerja larut malam dan saya pula masih di tempat jauh jadi saya terpaksa pandu laju lingkungan 120 km/j jarak 16 batu (26km) namun ke esokkan harinya apabila saya melakukan RPK saya buka penutup radiator mendapati penutup ada kesan minyak hitam melekat di bawah penutup dan minyak hitam berkurang separuh.

Setelah air, coolant dan Pro8 Mechnik Radiator Stop Leak ditukar pada hari ke tiga saya gembira buka tutup radiator tengok air coolant hijau jernih atau air seperti teh susu hilang sudah. Alhamdulillah minyak hitam pun saya tidak perlu tambah. Jangan pandu secara agresif kecuali kecemasan. Pandu cermat poket selamat. Saya yakin boleh mencapai standard komuniti ialah air coolant tukar pada 60k kilometer atau 2 tahun. Kelebihan coolant ialah panas cepat dan mendidih lambat. Situasi ini terbaik untuk enjin kenderaan.

Jika pemanduan sekitar bawah 70 km/J radiator tiada masalah, kali ini setelah menukar PRO8 saya berazam pasti mencapai 60,000 km sebelum air dan coolant ditukar. Jika pun saya menukar PRO8 pada tempoh 6 bulan itu bukan lah kerugian besar bagi saya malah PRO8 banyak membantu kereta ini hidup lebih lama lagi. Jika nak overhaul enjin memang saya tak mampu.

DI pasaran terdapat banyak produk yang serupa PRO8 tetapi saya lebih yakin dengan PRO8 kerana saya sudah mencubanya tempoh enam bulan ternyata berkesan. Arahan wajib baca hingga habis sebelum menggunakan produk ini kerana jika kita guna produk tanpa membaca arahan bila nanti terjadi sesuatu yang buruk jangan salahkan produ tersebut pula, tak kira lah produk appun anda mesti baca arahan dan pantang larang.

Apabila kita menggunakan produk PRO8 kena pada caranya sudah tentu ia menguntungkan tempoh jangka panjang. Jika kita memandu secara agresif atau pandu seperi dikejar hantu maka kereta tanpa menggunakan PRO8 pun akan umur pendek. Sudah tentu kereta ini tersadai di tepi rumah.
Kenderaan yang menggunakan PRO8 MECHNIK RADIATOR STOP LEAK jangka hayat bertambah membantu anda survive sementara mengumpul hasil yang lebih banyak.

Dahulu saya menggunakan PRO8 setelah radiator mengalami masalah lebih sebulan air nya bertukar menjadi air teh susu. Jika saya tahu penawarnya ialah PRO8 sudah tentu saya menggunakan nya segera. Apapun saya bersyukur sangat pada tuhan menyelamatkan kereta saya daripada mengalami masalah yang lebih serius. Seperti menusia juga jika sudah sakit parah baru jumpa diktor itu sudah terlewat. Sebaiknya jika dirawat dari awal ia sangat berkesan dan membantu anda menjimatkan wang lebih banyak. .

Bagi orang susah seperti kami PRO8 sangat membantu meningkatkan semula ekonomi kami. Kami boleh menyimpan duit lebih banyak dan jika kereta ingin dibaik pulih atau tidak pun ia masih boleh berjalan seperti biasa tanpa masalah yang banyak sebaliknya duit kami yang akan banyak jika dikumpul sedikit demi sedikit kerana tuhan memberi rezeki berbeza kepada tiap orang. Pandu cermat anda sampai dengan selamt.

Saya dimomokkan dengan produk ini konon minyak hitam jadi seperti agar-agar. Mula-mula takut juga sebab sudah guna baru dapat informasi menyeramkan itu. Saya pasrah sahaja dan tiap hari buat RPK minyak hitam masih cair seperti biasa. Setelah enam bulan rasa takut itu hilang sama sekali. Saya yakin apa produk pun jika kita guna dengan cara yang betul insyaAllah selamat. Kereta ini sudah 31 tahun masih boleh hidup dan jalan seperti kereta lain tanpa ada masalah pun.

Selain itu PRO8 MECHANIK STOP LEAK RADIATOR ia juga membantu kami menjalin silaturrahim dengan keluarga yang jauh juga. Kereta masih kuat naik bukit, enjin terasa ringan, bacaan suhu enjin sentiasa di tahap normal. Ia masih boleh digunakan untuk ber sosial menjalin ikatan keluarga seperti melawat keluarga sakit di hospital, hadir di majlis kenduri, jalan-jalan bersama keluarga, melawat keluarga yang jauh dan hadir di hari kematian.

Pro8 Radiator stop leak tugasnya ialah menampal gasket bocor pada silinder head, ia dicampur bersama coolant dan air di dalam radiator. Ia pengganti top overhaul.

Coolant di servis:
Tarikh 4/2/2023
Last Service 245747 km
Servis selanjutnya 305747 km
Menurut kajian yang didapati servis coolant ada 40k hingga 50k km dan ada 40k hingga 60k km oleh sebab jarang sudah pecut laju dan pilih 60k km maximum tukar coolant + radiator stop leak.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке