CARA MEMBUAT KOMPOS BATANG PISANG

Описание к видео CARA MEMBUAT KOMPOS BATANG PISANG

Pokok pisang merupakan satu dari beberapa tanaman yang dikenal memiliki berjuta manfaat daripada bonggol, batang, buah, dan daunnya yang boleh digunakan untuk keperluan manusia.

Batang pokok pisang ini dapat digunakan sebagai penyubur tanah kerana banyak mengandung unsur hara yang diperlukan tanaman.

Kandungan batang pisang yang utama ialah nitrogen, yang membantu dalam pembesaran vegetatif tanaman baik daripada akar, batang, dan daun. Tanaman yang kekurangan nitrogen akan mengalami tanda-tanda daun kuning dan gugur. Dalam batang pohon pisang juga terdapat kandungan yang dapat digunakan sebagai perangsang fotosintesis untuk menghijaukan daun dan membentuk persenyawaan organik serta merangsang mikroorganisme dalam tanah.

Kualiti kompos akan lebih baik bila dicampur dengan bahan lain sehingga memperkaya komponen kompos yang akan dihasilkan.

Semua sisa pertanian boleh dimanfaatkan menjadi bahan tambahan selain batang pokok pisang. Bahan-bahan tersebut seperti tinja haiwan, serbuk gergaji, dan arang sekam.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке