KEMPEN BASMI TIKUS 2024 DI PASAR AWAM TAMAN TUN SARDON PADA 14 JULAI 2024 (AHAD)

Описание к видео KEMPEN BASMI TIKUS 2024 DI PASAR AWAM TAMAN TUN SARDON PADA 14 JULAI 2024 (AHAD)

KEMPEN BASMI TIKUS 2024 DI PASAR AWAM TAMAN TUN SARDON PADA 14 JULAI 2024 (AHAD)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganjurkan Kempen Basmi Tikus 2024 bertempat di Pasar Awam Taman Tun Sardon. Sambutan dari kalangan peniaga dan penduduk sekitar amat memberangsangkan dan disokong oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mendapat kerjasama penyertaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Cik Tan Hooi Peng, ADUN Seri Delima dan diterajui oleh YBrs. Cik Tan Soo Siang, Ahli Majlis merangkap Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, pembasmian tempat yang berpotensi menjadi “hotspot” pembiakan tikus, pertandingan gerai bersih dan menawan, gerai-gerai pameran jabatan dalaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga taklimat Dasar Pengasingan Sisa Di Punca.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Kesihatan Persekitaran komited menjadikan pasar-pasar awam bersih, menarik dan selesa untuk dikunjungi para pelanggan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке