Rampaian Baya Baya : ATMA : Penilaian Tahun Akhir Norle Eddysham

Описание к видео Rampaian Baya Baya : ATMA : Penilaian Tahun Akhir Norle Eddysham

RAMPAIAN BAYA-BAYA

Rampaian Baya-Baya merupakan persembahan ketiga dalam produksi ATMA Eddysham yang mana ia merupakan penilaian bagi ensembel.

Rampaian Baya-Baya merupakan rangkaian tarian berikut:

1) Inang Pepenjuru
2) Zapin Persenta
3) Joget Jom Gallop (Mencongklang)

Mengenengahkan idea remaja muda masa kini bersosial melalui tarian pergaulan berentak tradisi menurut perspektif orang muda sekarang. Elemen kreatif digarap dalam setiap ragam tari tanpa meninggalkan bentuk asal, motif tari serta nuansa tari tersebut bagi menggambarkan inspirasi penciptaan baharu yang masih berteras tradisi. Sejauh mana penerimaan hanya bergantung kepada keterbukaan pemikiran dalam menerima pembaharuan. Dalam tidak sedar salah seorang “pelajar” tersebut merupakan “cikgu” yang menyamar menjadi pelajar untuk memahami jiwa muda remaja masa kini.

Persembahan ini merupakan penilaian akhir bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Senitari (Persembahan) iaitu Norle Eddysham bin Ahmad yang juga dinilai dalam persembahan secara duet dan solo terdahulu. Manakala Rampaian Baya-Baya yang dinilai secara ensembel ini dicipta dan dikoreograf oleh Akmal Ayob dan juga turut dipersembahkan oleh anak-anak PERMATA Seni Tari.

Terima kasih Fakulti Tari ASWARA atas ehsan video ini.

14 Julai 2024
Panggung Eksperimen ASWARA

Комментарии

Информация по комментариям в разработке