Tak puas bercuti di Rock Garden Camping Resort dan Himalaya Camp Malaysia, Gopeng, Perak

Описание к видео Tak puas bercuti di Rock Garden Camping Resort dan Himalaya Camp Malaysia, Gopeng, Perak

Percutian yang pada awalnya dirancang selama 2 hari 1 malam bertambah menjadi 3 hari 2 malam. Tempat yang best, bersih dan sungai yang cantik. Sesuai sangat untuk percutian keluarga.

Tak jauh dari KL, perjalanan memakan masa kira-kira 2 jam 30 minit dalam trafik biasa. Kalau jem, hahaha mereput juga la dalam kereta.

Ada pelbagai pilihan chalet yang boleh di sewa. Selain chalet, boleh juga sewa tapak untuk khemah. Bagi yang menyewa chalet, korang akan dapat sekali sarapan pagi yang di sediakan oleh pihak resort.

Sungai sangat cantik dan sesuai untuk kanak-kanak. Ada bahagian yang berbatu dan kurang batu. Wakaf juga ada disediakan bagi kemudahan tetamu.

Boleh sewa pelampung untuk aktiviti tubing dengan bayaran RM10. Ada juga aktiviti lain seperti ATV, water rafting dan mendaki Bukit Batu Putih. Dari segi bayaran boleh hubungi pihak resort.

Korang boleh check di website mereka untuk tempahan dan maklumat lanjut.

https://rockgardencampingresort.com/
https://himalayacamp.com/

#rockgardencampingresort #campingmalaysia #himalayacampmalaysia #gopeng #camping

Комментарии

Информация по комментариям в разработке