Semangat Keris - Piala Seni Dikir 6 (PSD 6)

Описание к видео Semangat Keris - Piala Seni Dikir 6 (PSD 6)

Piala Seni Dikir 6 by organised Si Anak Seni.
The competition was held at the Stephen Riady Auditorium - NTUC Centre on 11 February 2023.

Pembukaan Terbaik | Best Introduction
Tok Juara Terbaik | Best Frontman
Tukang Karut Terbaik | Best Frontman
Paluan Terbaik | Best Percussion Section
Kesenian Terbaik | Best Artistic Choreography
Lagu Terbaik | Best Song
Piala Khas Painting Guys | Special Award by The Painting Guys
1st Place Champions

We are Semangat Keris!

#semangatkeris #plakpkam #pialasenidikir6 #sianakseni #dksingapura #dikirbarat

Juara
riuh… angin dendam menggila datang melanda
luluh… panah fitnah kalahkan todak menerpa
runtuh… bumbung langit diasak adu dan domba
kalau lemah akarnya, pastikan gugur jua

tertulislah kisah akar dalam watak purba
sumbu segala gerak, tabiat dan wibawa
kisahnya Mahsuri ditikam fitnah curiga
dek akar dengki, berjuraian darah putihnya

tertitislah darah dalam santapan diraja
dek akar buas, semakin panjanglah taringnya
gugur air mata, ibu dihalau anaknya
dek derhaka, disumpah membatu selamanya

Yengki
ada segumpal daging dalam dada
bak akar pokok, penentu nasibnya
jika baik, baiklah manusia
jika jahat, maka rosak binasa

Kelantan
makin cantik, naik seri
makin banyak iri hati
hilang nyawa si Mahsuri
darah putih jadi bukti

makin lapar, makin gila
makin buas mahu darah
kalah haiwan, siung raja
nyawa rakyat mahu ratah

makin kaya, makin sombong
makin damba orang sanjung
hingga ibu tak dijunjung
Tanggang jadi keras kejong

daging ini banyak rupa
dalam diri manusia
ada buruk penuh cela
ada indah tak terkata

Temasik
siram-baja akarnya, jaga-jaga hatinya

tolonggg!! jangan hukum membuta
aku, Mahsuri, bersumpah tidak berzina
kalau aku dibunuh, turunkanlah bala
tujuh keturunan lamanya
biar Pulau Langkawi porak peranda

panjang taringku sampai ke dada
ini Raja Bersiong, sedang lapar dan dahaga
gaulkan bayam dengan darah manusia
biar menderita rakyat jelata
biar binasa seluruh negara

tolong Tanggang, Makkkkk… aduh, beratnya..
tangan Tanggang tak boleh gerak… kenapa?
kaki Tanggang tak boleh angkat… kenapa?
jantung Tanggang macam batu dalam rongga
maafkan Tanggang, Tanggang anak derhaka

Matang
jatuh pokok sebab akar, jatuh kita sebab hati
gumpal daging dalam dada, corak jadi peribadi

siram-siram dengan kasih, biar lembut dan berseri
didik hati dengan ihsan, agar pandai timbang budi

tabur-tabur baja syukur, agar hati rendah diri
tidak buas tidak angkuh, cantik watak tak terperi

Penutup
wau bulan
teraju tiga

lembaran kisah dunia jadi pedoman
moga digilap hati menjadi permata

Комментарии

Информация по комментариям в разработке