Bestnya Kyoto! Jumpa Chef Kichi-Kichi Omurice & Makan 'Ayam Penyet' Jepang!

Описание к видео Bestnya Kyoto! Jumpa Chef Kichi-Kichi Omurice & Makan 'Ayam Penyet' Jepang!

Waktu aku pos video ni, aku dan wife masih lagi berada di Japan.

Trip kami masih belum habis lagi :D

Harap korang enjoy video ni okay.

Video kali ni kami jalan-jalan di bandar Kyoto - sebuah bandar lama yang pernah menjadi ibu negara Jepun satu ketika dahulu (794 - 1898).

Banyak juga tempat makan baru yang aku explore di Kyoto so korang boleh jadikan rujukan.
Untuk Kichi-Kichi Omurice tu mereka tak sediakan makanan Halal, sila take note! Aku curi-curi masuk dan lepas tu kena marah dengan staff diorang (haha jangan ikut apa aku buat ni).

Kepada yang ada plan untuk travel ke Kyoto, boleh jadikan video ini sebagai rujukan korang. Ada banyak lagi tempat menarik yang korang boleh kunjungi di Kyoto ni, aku hanya cover beberapa. tempat sahaja.

Next Vlog : Tokyo!

_________________________________

Hi guys. Nama aku Pyan dan aku dah mula buat content review makan dan travel sejak 2015. Aku memang suka makan sejak dari sekolah rendah lagi dan setiap waktu makan aku akan enjoy makan walaupun makanan tu simple.

Passion aku pasal makanan memang tinggi especially makanan dari negeri Johor. Sejak buat video pada awal tahun 2015 tu aku dah start explore lebih mendalam pasal makanan. Aku pun start belajar untuk travel ke luar negara pada tahun yang sama dan aku mulakan dengan Australia dan kemudian South Korea.

Walaupun dah travel banyak ke luar negara tapi makanan Malaysia seperti Asam Pedas, Laksa, Mee Rebus, Nasi Kak Wok, Nasi Kandar, Masak Lemak Cili Api tetap menjadi kegemaran aku.

Idola aku sepanjang zaman - Mark Wiens banyak memberi inspirasi dalam penghasilan video review makanan yang aku buat. Dalam hidup ni kita memang perlu ada seorang 'guru' atau 'mentor' untuk berjaya. Mereka ini sudah meninggalkan foot steps mereka dan kita hanya perlu ikut dan ubah ikut kesesuaian dan keserasian kita.

Teruskan menyokong kami food content creator di Malaysia.

Equipment yang kami guna :

1. Sony A6400 : https://invol.co/cl54ael
2. Canon 80D : https://invol.co/cl54afj
3. Go Pro Hero 7 Black : https://invol.co/cl54afu
4. Manfrotto Video Tripod : https://invol.co/cl54agi
5. Rodemic VideoMic : https://invol.co/cl54ah3
6. Zoom H5 External Mic : https://invol.co/cl54ahj

Support Business Kami :

1. Sambal Geprek Padu Beb : https://invol.co/cl54ai1
2. Rempah Ayam Goreng Nasi Kalut : https://invol.co/cl54aic
3. Ubi Shake Know-Know Habis : https://invol.co/cl54air

#PaduBebBros #Kyoto #Japan #NaraPark #BaliBaliIndonesia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке