Umai Obor Obor-obor Sarawak

Описание к видео Umai Obor Obor-obor Sarawak

Umai Obor-Obor makanan popular di Sarawak..

Don't forget.. Please likes, share and subscribe thanks you for your support.. 😊

Segenggam Obor-Obor masin
1. 5 ulas bawang putih
2. 6 cili merah ( suka pedas tambah lagi)
3. 3 biji bawang besar
4. 1 biji bawang merah
5. 2 sudu makan kacang tanah (yang telah digoreng & ditumbuk kasar)x suka kacang bleh skip
6. 7 - 9 biji limau kasturi
7. Ajinomoto secukup rasa


Cara-Cara Membuatnya:

1. Cuci obor-obor dengan air suam jangan lama nanti obor-obor mengecil.. Rendam dengan air biasa setengah jam untuk mengurangkan rasa masinnya

2. Toskan & hiris Obor-Obor kecil-kecil.

3. Perah dan tapis limau kasturi..

4. Hiris bawang besar,bawang merah,bawang putih dan cili..

6. Campurkan semua bahan hiris,kacang dan obor-obor, Gaul sehingga sebati, tambah Ajinomoto secukup rasa.

7. Siap di hidangkan..selamat mencuba.. 😊




Jika disebut umai obor-obor sudah pasti kebanyakan rakyat Sarawak akan kecur air liur jika teringatkannya. Inilah salah satu daripada warisan makanan rakyat Sarawak yang tidak hilang ditelan zaman malah sentiasa berkembang dari segi persembahan serta penyediaannya. Malah mereka yang berasal dari Semenanjung juga mula menyukai makanan tradisi tersebut.

Kebanyakan obor-obor yang ditangkap di perairan Sarawak adalah bertujuan untuk eksport ke luar negeri dan hanya sebahagian sahaja untuk pasaran dalam negeri. Namun begitu bekalan untuk pasaran dalam negeri tidak pernah putus atau berkurangan disebabkan kepentingan eksport tersebut.

Untuk membuat umai obor-obor tidaklah sesukar seperti mana penyediaan makanan lain. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa umai obor-obor tersebut kan… Bagi mereka yang pernah merasa pasti jawapannya… nak lagi !!!. Mari kita lihat resepi dan cara serta bahan-bahan yang diperlukan bagi penyediaan umai obor-obor tersebut;

Комментарии

Информация по комментариям в разработке