Fishing Bay Resort... Teluk Buih, Mersing. [DJI Action 2]

Описание к видео Fishing Bay Resort... Teluk Buih, Mersing. [DJI Action 2]

Mersing merupakan sebuah daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 2838 kilometer persegi menjadikannya daerah ketiga terbesar di Johor merangkumi 14% keluasan negeri.

Secara umumnya, bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan telah berkembang pesat di sini. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos yang berpatutan. Kemudahan ini dilengkapkan dengan wujudnya beberapa agensi pelancongan yang terdapat di sekitar Mersing. Ia juga menempatkan kemudahan utama iaitu jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Tengah dan pulau-pulau lain yang berhampiran dengan menggunakan kemudahan bot, feri dan bot laju.

Pantai Teluk Buih, Mersing yang terletak tidak jauh dari bandar Mersing, kira-kira lebih kurang 12km. Disini anda berpeluang untuk melihat pemandangan bot-bot nelayan tempatan berlabuh setelah keluar mencari hasil laut dengan suasana nyaman, dan pemandangan laut yang mendamaikan. Bagi yang berhasrat untuk beristirehat dan bermalam, terdapat juga resort di sekitar Teluk Buih antaranya Fishing Bay Resort dan Kampung Stay (dalam pembinaan yang hampir siap).

Комментарии

Информация по комментариям в разработке