Mee Mamu SOTONG STAIL PENANG Di Shah Alam! | Makan Makan Bersama Fendi

Описание к видео Mee Mamu SOTONG STAIL PENANG Di Shah Alam! | Makan Makan Bersama Fendi

Dalam episod kali ini, Fendi menjelajah ke satu gerai di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam yang pernah menjadi viral sehingga beratur panjang pada suatu ketika dahulu. Mee Mamu tidak asing lagi bagi penduduk sekitar Shah Alam kerana mereka menggoreng Mee menggunakan resepi asli dari Pulau Pinang dengan sedikit citarasa orang bandar di sini!

Di sini, Fendi akan menccuba satu menu yang lain tidak bukan iaitu, Mee Mamu Sotong. Sambal yang mereka menggunakan merupakan resepi yang tersendiri di mana ia membuatkan Mee tersebut ada rasa manis pedas di dalamnya. Paling unik sekali, mereka juga meletakkan Kek Ikan sebagai salah satu keunikkan yang ada di dalam Mee mereka.

📍Lokasi » Mee Mamu
Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam

☎️ 011 - 1009 4667

#destinasitv #meemamu #shahalam

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке