Tukar Nama Owner Meninggal - Contoh Lengkap

Описание к видео Tukar Nama Owner Meninggal - Contoh Lengkap

Kenderaan motor milik pemilik berdaftar yang sudah meninggal dunia

Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah;atau

Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah;atau

Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah;atau

Salinan Perintah Pembahagian / Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)  1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian;atau

Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah:

Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;

akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan / Majistret / Hakim;

Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama / pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.

Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah;atau                              

Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке