[Penuh] Dewan Rakyat meluluskan usul gantung Machang Wan Fayshal 6 bulan

Описание к видео [Penuh] Dewan Rakyat meluluskan usul gantung Machang Wan Fayshal 6 bulan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :

“BAHAWA pada hari Isnin, 1 Julai 2024 semasa perbahasan usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di muka surat 37 dan 38, Penyata Rasmi bertarikh 1 Julai 2024, Yang Berhormat Tuan Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Machang telah memaklumkan kepada Dewan berhubung dengan sepucuk surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

BAHAWA Yang Berhormat Machang juga telah menamakan individu yang menjadi dalang kepada pengambilalihan MAHB tersebut adalah Shahazwan Harris ataupun Juan yang merupakan pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Yang Berhormat Machang juga telah memberikan perincian surat layang tersebut yang merujuk kepada layanan negatif individu tersebut kepada pekerjanya.

BAHAWA Yang Berhormat Machang telah membawa perhatian suatu surat layang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya. Perbuatan Yang Berhormat Machang yang merujuk kepada surat layang tersebut telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu yang didakwa tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah Kementerian mungkin teraniaya kerana tuduhan yang tidak berasas ini.

BAHAWA dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan selain kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.

BAHAWA dakwaan Yang Berhormat Machang adalah merupakan satu perbuatan yang seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai-pegawai agensi di bawah Kementerian yang telah bertungkus lumus dalam membantu Anggota Pentadbiran dalam membangunkan Malaysia.

BAHAWA Yang Berhormat Machang telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa Kerajaan.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Machang hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam (6) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.”

Комментарии

Информация по комментариям в разработке