Terbaru !!! 5 variasi azan Ustaz Fahmi Asraf bin Razali✨✨✨

Описание к видео Terbaru !!! 5 variasi azan Ustaz Fahmi Asraf bin Razali✨✨✨

5 variasi azan Ustaz Fahmi Asraf bin Razali ini telah dilaungkan semasa beliau menjadi bilal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Ustaz Fahmi ini sememangnya sudah terkenal dengan kelunakan suaranya yang merdu ketika mengumandangkan azan mahupun tilawah al quran. Jadi admin merasakan video ini mampu memberi tunjuk ajar dan juga mampu menjadi pembakar semangat kepada para muazzin yang mahu belajar pelbagai tarannum ketika mengalunkan azan. Berikut merupakan pelbagai tarannum yang telah dikumandangkan oleh Al Fadhil Ustaz Fahmi Asraf bin Razali.

1) Azan tarannum bayati husaini
2) Azan tarannum hijaz
3) Azan tarannum rast
4) Azan tarannum nahawand
5) Azan tarannum jiharkah

Semoga dengan video azan ini menjadi saham pahala buat admin dan juga kepada para penonton yang menonton video ini. Pesanan kepada penonton yang mahu berjinak jinak dalam bidang tarannum azan ini. Jangan patah semangat untuk mencuba mempelajari ilmu tarannum ini. Betulkan niat dan sentiasa melakukan latihan supaya dapat mahir dalam bidang tarannum azan ini. Jaga pemakanan dan juga pastikan tidur awal untuk mendapatkan tenaga yang cukup. Sekian terima kasih✨✨✨

#azan

Комментарии

Информация по комментариям в разработке