LOGAT MELAYU NATUNA

Описание к видео LOGAT MELAYU NATUNA

Logat melayu natuna

Bahasa Melayu, merupakan bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama kepada orang yang mendiami di pesisir Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan pesisir Kalimantan. Manakala Pulau Jawa (kecuali Betawi), Pulau Bali, Pulau Sulawesi dan lain lain di Nusantara memiliki bahasa Ibunda masing masing yang sangat berbeza dengan sebahagian orang orang Semenanjung Tanah Melayu dan pesisir Sumatera. Bahasa Melayu mempunyai loghat yang berbeza mengikut tempat dan daerah tertentu yang berbahasa ibunda melayu, dan secara letak geografis administrasinya iaitu seperti Melayu riau Indonesia, Melayu medan Indonesia, melayu sambas Indonesia Kalimantan, melayu Pontianak Kalimantan Indonesia dll, Penuturan bahasa melayu dikategorikan sebagai Malayo-Polynesia yang juga kategorikan sebagai Rumpun-bahasa Austronesia. Bahasa Melayu yang mudah difahami adalah Bahasa Melayu di Indonesia ,Malaysia, Singapura dan Brunei juga loghat dan dialek Melayu di Malaysia seperti Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak , Kedah, Sabah, dan Sarawak. Manakala Bahasa Melayu di Indonesia telah banyak bercampur Bahasa Indonesia.

#natuna
#kabupatennatuna
#melayu
#kepulauanriau
#viralvideo
#vlog
#viral
#bahasamelayu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке