Ucapan Anwar Ibrahim dalam Forum Global Madani 2024 (11.07.24)

Описание к видео Ucapan Anwar Ibrahim dalam Forum Global Madani 2024 (11.07.24)

Pagi ini saya menyampaikan ucapan dalam acara Forum Global Madani 2024 di Kuala Lumpur anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Saya kemukakan cabaran kini adalah penjelmaan idea Madani dalam konteks realiti mengambilkira kekuatan material dan keadaan sosiopolitik semasa.

Gerakan perubahan meratakan kefahaman seperti ini penting agar ianya inklusif dan dirasakan oleh rakyat terbanyak.

Kerangka Madani ini adalah bersepadu mengabungkan elemen keadilan, kebebasan, nilai dan mementingkan kemakmuran ekonomi dengan menyemangati idea dan cetusan nurani Mantan Perdana Menteri Republik Indonesia Bapak Mohamad Natsir yakni “jangan membangun sambil meruntuhkan".

Di sebalik pembangunan ekonomi, jangan sehingga mengesampingkan nilai kemanusiaan.

Justeru, saya zahirkan penghargaan kepada IKIM dan rakan strategiknya atas penganjuran program ini serta kepada semua pembentang dan peserta dari dalam serta luar negeri. Semoga ianya bermanfaat serta mampu memberi pencerahan mengenai Malaysia MADANI yang kita dukung hari ini.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке