Resepi Buah Melaka Mudah dan Sedap Sukatan Cawan

Описание к видео Resepi Buah Melaka Mudah dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Buah Melaka :

Bahan-bahan :
Tepung pulut - 1 cawan
Tepung gandum- 1 sudu besar
Air- 1 cawan (blend)
Daun pandan- 5 helai (blend)
Garam- 1 sudu kecil
Gula melaka- 2 ketul
Pewarna hijau
Kelapa parut + 1/2 sudu kecil garam (kukus)

Cara- cara :
1. Mula-mula, blend daun pandan dan air 1 cawan untuk dapatkan jus pandan.
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung pulut, tepung gandum, pewarna hijau dan garam. Dituruti dengan air jus pandan sedikit demi sedikit. (Jangan masukkan terus 1 cawan)
3. Gaulkan ke semua bahan sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan. Kalau doh melekat ditangan tambahkan lagi tepung pulut sampai tak melekat.
4. Seterusnya, potong gula melaka dadu-dadu kecil.
5. Sekarang, bolehlah bentukkan bulat bulat kecil dan masukkan gula melaka.
6. Sediakan periuk, didihkan air dan kukuskan kelapa parut bersama sedikit garam lebih kurang 5 minit supaya kelapa tak mudah basi.
7. Kemudian, guna periuk yang sama masukkan buah melaka yang dibuat tadi ke dalam air. Biarkan masak/ buah melaka akan timbul bila dah masak.
8. Angkat dan toskan. Bolehlah golek golekkan buah melaka dalam kelapa parut.
9. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba...
Jangan lupa LIKE dan SUBSCRIBE channel Ain Elas!!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке