Apa itu 'TRACK LIGHT'? (What Is Track Light? A Track Lighting Introduction)

Описание к видео Apa itu 'TRACK LIGHT'? (What Is Track Light? A Track Lighting Introduction)

Anda akan membelajari & mengenali apa itu 'Track Light' atau 'Track Lighting' (Lampu Landasan) yg semakin popular digunakan pada hari ini bukan setakat di premis perniagaan atau pasaraya besar malah di rumah kediaman turut menjadikan ia sbg salah satu lampu wajib.

Sebagai lampu fokus, track light menjadi popular dgn peredaran era rumah studio & rekabentuk rumah gaya industri. Dgn menghasilkan suasana yg kusam tetapi mampu menaikkan mood sesuatu ruang, track light digunakan utk menonjolkan kawasan atau benda yg ingin dijadikan topik perbualan atau titik fokus mata semua org.


+ Pada asasnya terdapat 2 jenis 'track light' iaitu TRACK LIGHT BERASINGAN MENTOL (Changeable Bulb) & BUILT IN TRACK LIGHT (LED sahaja).

1) TRACK LIGHT BERASINGAN MENTOL
Dengan mempunyai byk kebaikan seperti berikut:-
- mentol boleh ditukar apabila rosak
- cahaya mentol boleh dipilih mengikut kesukaan tuan rumah
- kecerahan mentol boleh dipilih dgn 3w, 5w,7w, 10w atau sbrg watt yg ada di pasaran. Lagi besar watt yg digunakan, lg cerah kawasan ruang yg difokuskan track light itu.
- selamat dgn Kaki mentol Gu10, sbb menggunakan seramik sbg pemegang mentol.
- mudah diselenggara tidak perlu tukar seunit terus jika berlaku sbrg kerosakkan.


2) TRACK LIGHT BUILT IN LED
- Jenis pakai buang kerana tidak boleh ditukar mentolnya sbb ia dipatrikan sekali semasa proses pemasangan di kilang.
- terdiri dari 3watt, 7w, 9w, 12w, 18w & 30w bergantung kepada ruang yg ingin dicerahkan.
- lebih murah jika berbanding jenis tukar mentol (dgn watt yg sama)


+ SAIZ TRACK BAR
Base track yg bersaiz bulat 4 inci diameter yg hanya boleh memuatkan 1 unit track light merupakan laluan track paling pendek dikalangan track bar.

Bagi track bar lurus, saiz 1 Kaki yg boleh memuatkan 2 track light turut menjadi pilihan utk ruang yg sempit. Ukuran 1meter, 2m & 3meter adalah saiz Track bar yg mudah dicari di mana-mana & ia dianggap paling standard dan paling banyak diguna pakai.
Namun begitu, 1.5meter turut dijual disesetengah kedai walaupun dia jarang dicari oleh pelanggan.


+ Track Light datang dgn 2 warna utama iaitu putih ataupun hitam. Namun dgn peredaran trend & gaya, warna menonjol seperti emas (gold) & rose gold turut menjadikan pilihan sebagai ajen penaik seri rumah gaya English & gaya moden terkini.



+ PROMOSI TRACK LIGHT +

RM58

- Beli 3 track light 10w built in LED percuma 1 meter Track bar dgn pilihan warna putih atau hitam.
- 10w LED ini hanya dtg dgn cahaya kuning (warm white 3000k) & jaminan 1 tahun (1 tukar 1) kepada semua pelanggan.

*Sementara stok masih ada
*tunai sahaja



+ HUBUNGI KAMI +
Sebarang KOMEN & IDEA boleh diajukan kpd kami...
Like & share FB, Instagram & YouTube Channel kami jika anda berpendapat dia memberi inspirasi & membantu anda supaya kami dpt menghasilkan lebih byk video-video menarik lg utk dikongsikan kpd semua.

  / lightstudiodecorsdnbhd  
  / lightstudiopenang  
www.instagram.com/lightstudio_bm

atau anda boleh terus datang ke Kedai utk mengetahui lebih maklumat lanjut mengenai semua lampu hiasan, kipas hiasan, switches, pemanas air... & semua brg yg kami jual di kedai.



Dibuka setiap hari
ISNIN-SABTU, 10pg-8mlm
AHAD, 11pg-4ptg


+ LIGHT STUDIO BM, 04-508 5355
48, 50 & 52, Jalan Bayu Mutiara 1, Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Email : [email protected]

+ LIGHT STUDIO PENANG, 04-2266 355
350A-350B, Jalan Dato Keramat,
Georgetown, Pulau Pinang.
Email : [email protected]

Комментарии

Информация по комментариям в разработке