SAMBAL TUMIS UDANG PETAI SEDAP | TIPS Sambal Tahan Lama

Описание к видео SAMBAL TUMIS UDANG PETAI SEDAP | TIPS Sambal Tahan Lama

Sambal Tumis Udang Petai ni memang menu wajib Dayang masak setiap kali musim petai menjelang tiba untuk memenuhi selera keluarga yang gemarkan Udang, Sambal & Petai.

Selain dimakan sebagai ulam, masak camni pun memang nikmat bagi kami, jadi untuk peminat sambal udang petai, Dayang nak kongsikan resepi versi Dayang masak sejak berpuluh tahun lepas lagi, dari zaman sekolah rendah memang suka masak sambal tumis letak petai yang dibuang kulit macam dalam video ni, senang nak makan, tapi kalau suka dengan kulit pun boleh letak ikut selera masing-masing ye, jom tengok video untuk cara masak dan senarai bahan-bahan ada kat situ jugak.

Bahan-bahannya:
350 gram udang
1/2 mangkuk petai
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar merah
1 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
1 sb air asam jaya
3 sb sos cili
2 sb gula
1 sb garam

Tips Masakan
1) Potong serong cili kering sebelum rebus untuk mudahkan biji cili keluar.
2) Masukkan 1@2 sudu minyak masak dalam blender untuk bahan kisaran lebih cepat halus dan boleh menghancurkan saki baki biji cili
3) Sambal tumis kena masak dengan api paling perlahan dan minyak banyak untuk sambal tahan lebih lama, pecah minyak dengan elok supaya sambal lebih sedap dan kita tak sakit perut.

Info Khasiat Petai
Petai ni walaupun berbau skit tapi khasiat dia sangat bagus untuk tubuh. Petai tinggi kandungan Vitamin A dan C yang baik untuk jantung, mata dan kulit. Selain tu, ia tinggi kalium dan kalsium yang penting untuk tulang, gigi dan keseimbangan air dlm badan. Petai juga bagus untuk diet dan rahsia untuk awek muda taw!

Nota:Untuk menghilangkan bau petai pulak kita boleh minum kopi atau berkumur dengan air garam atau gosok gigi sejurus selepas makan petai ok😁

email: [email protected]

Tefal cookware- https://invol.co/cl56x21
Portable gas stove- https://invol.co/cl56xrn
_____________________________________________


#sambaltumisudangpetai #sambaludangpetai
#resepimudah

Комментарии

Информация по комментариям в разработке