MGPerak : Serangan Balai Polis Jenazah Ahmad Azza Fahmi Selamat Dikebumikan

Описание к видео MGPerak : Serangan Balai Polis Jenazah Ahmad Azza Fahmi Selamat Dikebumikan

TAPAH - Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bharu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, pada jam 7.20 malam, Sabtu.

Kenderaan membawa jenazah Allahyarham dari kediaman ahli keluarganya tiba di tanah perkuburan berkenaan yang terletak kira-kira 900 meter.

Cuaca redup dan suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah tiba dan disambut ahli keluarga dan penduduk setempat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydib Pitchay; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, serta ibu bapa arwah, Azhar Khaiden, 54, dan Nor Haliza Awaludddin, 49.

#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv

Комментарии

Информация по комментариям в разработке