Nur Farah Kartini Dibunuh! Penjawat Awam Ditahan

Описание к видео Nur Farah Kartini Dibunuh! Penjawat Awam Ditahan

Polis menahan seorang lelaki penjawat awam bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita dipercayai Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Seri Kledang Hulu Selangor jam 6 petang Isnin dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.

Mangsa dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar dalam satu kenyataan mengesahkan penemuan mayat tersebut yang dipercayai Nur Farah Kartini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Комментарии

Информация по комментариям в разработке