PADU! AMIR MASDI & MAN KIDAL PERFORM LAGU SEJATI DI FASHION SHOW ARIANI 2023

Описание к видео PADU! AMIR MASDI & MAN KIDAL PERFORM LAGU SEJATI DI FASHION SHOW ARIANI 2023

Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal Bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.

Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik iaitu dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan. 

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.

Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab. 

Menurut Datin Farah Haryani, ARIANI juga mencipta sejarah baru kerana berjaya membuka House of ARIANI (HOA) pada 10 Mac 2023. Bangunan tersergam indah bersaiz keluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung & butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia yang mempunyai 4 aras ini menempatkan kesemua koleksi ARIANI di bawah satu bumbung. 

Membuka majlis pertunjukan fesyen pada petang itu, lebih 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam, instant. 

Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga- bungaan dan cetakan abstrak. 

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

💯 ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram:   / budiey  
□ Twitter:   / budiey  
□ Facebook:   / budieydotcom  
□ Youtube:    / budieychannel  
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□   / budiey  

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc

Комментарии

Информация по комментариям в разработке