Kenali Aliran Barelvi: 02 I'tikad dan Kepercayaan (2/2)

Описание к видео Kenali Aliran Barelvi: 02 I'tikad dan Kepercayaan (2/2)

Pegangan Barelvi (sambungan)
Mengingkari kemanusiaan Nabi s.a.w., mereka percara Baginda s.a.w. dari cahaya dari cahaya Allah.
Menganjurkan pengikutnya beristighatsah (minta tolong) dengan Nabi-nabi a.s. dan wali-wali. Siapa yang engkar dituduh sebagai atheis. Contoh istighatsah (Ya Rasulallah! Madad.. Ya Ghauts! Madad.. Ya Syeikh Abdal Qadir al-Jilani! Madad..
Membina kubur, memakmurkannya, mengecatnya, menyalakan lilin dan lampu, bernazar di kuburan, mengadakan perayaan untuknya, mereka meletakkan bunga-bungaan dan kelambu di atas kuburan. Mereka menyeru agar pengikutnya bertawaf keliling kubur untuk mengambil berkat.
Mereka amat keterlaluan mentaqdiskan peribadi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, mereka memuliakan wali-wali dan menyandarkan kisah-kisah ganjil, khurafat dan dongeng.
Mereka mengamalkan isqath, iaitu seperti bentuk fidyah/bayaran untuk menebus sembahyang dan puasa yang ditinggalkan oleh si mati. Mereka melakukannya dengan cara helah.
Perayaan terbesar mereka ialah Maulid Nabi s.a.w. Mereka membelanjakakan banyak wang untuk maulid. Ia adalah hari suci yang dirayakan. Mereka mengumandangkan nasyid-nasyid yang memuji Nabi s.a.w. diselang-selangi dengan kisah-kisah khurafat. Pada hari maulid mereka membaca kitab: Sururul Qulub Fi Zikril Maulidil Mahbub
Urs atau Haul sempena ulangtahun kematian wali: Ziarah dan berhimpun dikuburan. Seperti urs syeikh Syah Waris dan lain-lain
Mereka yang meninggalkan sembahyang, di sana ada jalan keluarnya.
Menurut mereka, bencana dan musibah besar terkena atas mereka yang tidak melakukan maulid, al-Fatihah dan urs/haul.
Mereka mengkafirkan orang Islam selain Barelvi hanya kerana sebab yang remeh
Tiada seorangpun tokoh Islam yang tidak dikafirkannya
Syeikh Khalil Ahmad Saharanfuri bagi mereka kafir kerena dia telah membid'ahkan amalan maulid Nabi s.a.w.
Aliran Deobandi, Nadwiyin, tokoh pendidik, pejuang kemerdekaan juga dianggap kafir
Mereka mengkafirkan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qaiyim
Mereka amat membenci Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Mereka menuduh dan mengejinya dengan seberat-berat tuduhan dan seburuk-buruk perkataan.
Mereka sentiasa memecah belahkan kekuatan umat Islam dan melemahkan mereka dengan memasukkan khurafat-khurafat
Mereka berkeras mengamalkan bid'ah mengucup dua jari ketika azan dan menyapunya di kedua belah mata

Комментарии

Информация по комментариям в разработке