nik aziz taubatnya pengasas sifat 20 berdasarkan kitab al ibanah

Описание к видео nik aziz taubatnya pengasas sifat 20 berdasarkan kitab al ibanah

TAUBATNYA PENGASAS SIFAT 20 KEPADA AKIDAH AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
ANTUM BILA LAGI???SILA LIHAT VIDEO INI SECARA KESELURUHAN...

JIKA NAK BERHUJAH...MAKA HUJAHLAH SECARA ILMIAH JGN DENGAN CACI MAKI,PERKATAAN KESAT.....AKHLAK DAN AJAB HARAP DIJAGA...JANGAN JADI SEPERTI KEBUDAK BUDAKAN LAGI....JIKA ADA HUJAH SILA BERIKAN SEBAGAI MANFAAT...

BUKTI IMAM ABU HASSAN AL ASYAARI KEMBALI KEPADA AKIDAH SALAFUSOLLEH YG DIPEGANG OLEH IMAM HANAFI,IMAM AS SYAFIE,IMAM MALIK,DAN IMAM AHMAD IBN HANBAL (IMAM AHLUSUNNAH WALJAMAAH) SERTA IMAM2 YG LAIN SEPERTI ABDULLAH IBN MUBARRAK,SUFYAN AT SAURI....

SEMOGA MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH

Kesepakatan para imam mazhab mengenai Allah al-Istiwa' atas 'Arasy di atas langit.

Berkata Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H):

الله في السماء وعلمه في كل مكان لا يخلو منه شيء.

"Allah di atas langit dan ilmu-Nya berada di setiap tempat. Tidaklah tertinggal darinya (ilmu Allah) apa jua." -- Lihat Syarh Ushul I'tiqad Ahl Al-Sunnah, Al-Lalika'i, 3/401, no. 673.

Berkata Al-Imam Asy-Syafi'e rahimahullah (204H) dalam muqaddimah kitabnya Al-Risalah (Tahqiq: Syeikh Ahmad Syakir), ms. 7-8:

والحمد لله ...... الذي هو كما وصف نفسه، وفوق ما يصفه به خلقه.

"Segala puji bagi Allah ......Dia adalah seperti yang disifatkan terhadap diri-Nya dan Dia mengatasi dengan sifat-Nya atas makhluk-Nya."

Al-Imam Asy-Syafi'e rahimahullah berkata lagi:

اَلْقَوْلُ فِيْ السُّنَّةِ الَّتِيْ أَنَا عَلَيْهَا وَرَأَيْتُ عَلَيْهَا الَّذِيْنَ رَأَيْتُهُمْ مِثْلُ سُفْيَانَ وَمَالِكٍ وَغَيْرِهِمَا الْإِقْرَارُ بِشَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ.

"Akidah yang saya yakini dan diyakini oleh orang-orang yang pernah aku temui seperti Sufyan, Malik dan selainnya adalah menetapkan syahadah bahawa tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah (pesuruh Allah) dan bahawasanya Allah di atas 'Arasy-Nya, yakni di atas langitnya."- Lihat Adab Asy-Syafi'i Wa Manaqibuhu, Ibn Abi Hatim, ms. 93.

Berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H):

نعم، هو على عرشه ولا يخلو شيء من علمه.

"Ya, Dia di atas 'Arasy-Nya dan tidaklah tertinggal apa-apa daripada Ilmu-Nya." -- Lihat Mukhtashar Al-'Uluw Li Al-'Aliy Al-Ghaffar, Syeikh Al-Albani, ms.189, no.226.

Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H) berkata:

مَنْ أَنْكَرَ أَنَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ فِيْ السَّمَاءِ فَقَدْ كَفَرَ.

"Barangsiapa yang mengingkari bahawa Allah 'Azza wa Jalla di atas langit maka dia kafir." - Lihat Mukhtasar Al-'Uluw Lil 'Aliy Al-Ghaffar, ms. 137, no. 119 tahqiq Syeikh al-Albani.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке