Lebih 18,000 Umat Islam Menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama PM Anwar Ibrahim di Masjid Putra

Описание к видео Lebih 18,000 Umat Islam Menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama PM Anwar Ibrahim di Masjid Putra

Syukur alhamdulillah malam ini saya dan Azizah dapat menghadiri Majlis Ilmu MADANI di Masjid Putra, Putrajaya mendengar pesanan hikmah dari Al-Imam al-Allamah Prof. Dr. Ali Juma’ah, Mantan Mufti Agung Mesir dan Al-Allamah Habib Umar bin Hafidz, Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustafa, Tarim, Yaman.

Prof. Dr. Ali Juma'ah telah menyampaikan tausiah bertajuk "Nilai Ta'aruf Dalam Masyarakat Madani" dan Habib Umar Bin Hafidz pula menyentuh tema "Ilmu Dan Akhlak Dalam Pembinaan Masyarakat Madani".

Kita ingin jadikan Majlis ilmu seperti ini di masjid sebagai pengkalan ilmu, mengangkat nilai rahmah, ihsan, amanah dan akhlak.

Semoga nilai ilmu yang disemai seperti majlis ini bukan sahaja akan mengangkat harakat umat Islam dan masa yang sama memberi manfaat masyarakat bukan Islam.

Saya ingin zahirkan penghargaan kepada kedua tokoh besar dunia Islam yang sudi hadir dalam majlis ini. Terima kasih jua kepada seluruh hadirin dari pelbagai latarbelakang yang datang dari seluruh Malaysia dan luar negeri bagi mendengar sendiri mutiara hikmah yang disampaikan oleh kedua ulama ini.

Mendoakan semua hadirin yang hadir dari jauh dan dekat dapat kembali ke tempat masing-masing dengan selamat, InsyaAllah.

Anwar Ibrahim

#MalaysiaMADANI

Комментарии

Информация по комментариям в разработке