SANDAKAN: A Day Trip To Turtle Island, Volcano MUD | Pulau Penyu Tempat Menarik di Sandakan

Описание к видео SANDAKAN: A Day Trip To Turtle Island, Volcano MUD | Pulau Penyu Tempat Menarik di Sandakan

Ada impian untuk bercuti ke Sandakan?
Jika anda ke Sandakan, jangan lupa masukkan ke dalam itinerary anda untuk melawat Pulau Selingan atau juga dikenali sebagai Turtle Island. Pulau ini terletak dalam Taman Pulau Penyu (Turtle Island Park) bersama dua buah pulau lagi yang juga termasuk dalam Taman Pulau Penyu iaitu Pulau Bakungan Kecil dan juga Pulau Gulisan. Pulau Selingan berada di dalam kawasan perairan Laut Sulu iaitu lebih kurang 40 km atau kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Sabah Parks. Pulau ini sangat terkenal sebagai tempat pendaratan penyu sebab itulah pulau ini juga dikenali sebagai Taman Pulau Penyu.

Anda boleh melakukan day trip dan juga bermalam di Pulau. Jika bermalam di pulau, anda berpeluang untuk melihat penyu bertelur dan melepaskan anak penyu ke laut.

Sebenarnya di sini bukan sahaja boleh melihat penyu bertelur tetapi anda juga boleh melakukan aktiviti laut seperti snorkeling atau menyelam (hendaklah bermalam di pulau). Bagi yang melawat untuk lawatan sehari mungkin bolehlah buat aktiviti mandi dipantai, melawat galeri, melihat turtle hatchery, mengambil gambar, melawat bubbling mud volcanoes.

Cadangan Aktiviti :

01. Melihat penyu bertelur
02. Melawat pusat penjagaan telur
03. Mandi di pantai
04. Snorkeling
05. Menyelam
06. Melihat matahari terbenam
07. Melihat matahari terbit
08. Bergambar
09. Bersiar-siar

Turtle Island @ pulau penyu sandakan dibawah naungan ‪@sabahparksofficial4337‬ @Taman-Taman Sabah merupakan tempat menarik di Sandakan yang jarang orang berkunjung mungkin kerana tidak tahu cara untuk kesini.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке